Sunday, May 17, 2009

Kursus Penggerak Aktiviti dan Pilihan Raya

Skuad AMK Perak yang baru ditubuhkan akan mengadakan Kursus Penggerak Aktiviti dan Pilihan Raya. Program tersebut akan dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh : 21-22 Mei 2009 (Khamis - Jumaat)

Tempat : Pejabat PKR Bahagian Bukit Gantang, Perak

Program tersebut bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai konsep perjuangan PKR kepada ahli-ahli Skuad.

Disamping itu, dengan adanya program ini ia diharapkan dapat membina satu jaringan hubungan dan kerjasama kepada seluruh ahli skuad dan menanamkan semangat membantu antara satu sama lain.

Apa yang penting, program ini dapat membina jati diri dan nilai kepimpinan kepada ahli-ahli Skuad yang rata-ratanya merupakan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa akan datang.

Kita juga akan melatih anggota Skuad tentang teknik-teknik pilihan raya bagi mengahadapi pilihan raya kecil Dun Penanti dan kemungkinan berlakunya pembubaran Dun Perak.

Latihan kursus ini akan diberikan secara PERCUMA

Kepada sesiapa yang berminat, boleh hubungi saudara Zafril, 019-4526642 selaku Ketua Skuad AMK Perak dan Pengarah Program atau saudara Naim 019-4943260 (Setiausaha Skuad AMK Perak).

Friday, May 15, 2009

Zafril, Wira Keranda Altantuya dipilih sebagai Ketua Skuad AMK Perak

Setelah sekian lama tertangguhnya penubuhan Jawatankuasa Skuad AMK Perak, akhirnya pada 14 Mei 2009 (Khamis) yang lalu jawatankuasa tersebut telah berjaya dibentuk.

Mesyuarat tersebut yang dibuat di Teluk Intan dipengerusikan oleh sdr. Azlidin yang merupakan Ketua Skuad AMK Malaysia. Ironinya penubuhan Skuad AMK Perak ditubuhkan di daerah tersebut adalah kerana di situlah sejarah bermulanya penubuhan Skuad AMK Malaysia.

Kejayaan penubuhan jawatankuasa Skuad AMK Perak adalah bertitik tolak dari kejayaan yang ditunjukkan oleh mereka sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang lalu. Komitmen dan kesungguhan yang cukup luar biasa yang ditunjukkan oleh anggota skuad memberikan ilham kepada Ketua Skuad AMK Malaysia untuk menubuhkan Jawatankuasa Skuad AMK di Perak dengan secara rasmi.

Pada pemilihan jawatankuasa tersebut, sdr. Muzaffar Shah dipilih sebagai Pengarah Skuad AMK Perak dan sdr. Zafril dari Gopeng telah dipilih secara sebulat suara sebagai Ketua Skuad AMK Perak. Selain itu, bagi jawatan Timbalan Ketua 1 disandang oleh sdr. Irwan dari Bukit Gantang, jawatan Timbalan Ketua 2 disandang oleh sdr. Firdausi dari Tapah, jawatan setiausaha disandang oleh sdr. Naim dari Gopeng, jawatan Bendahari disandang oleh sdr. Ahmad Akhdhor dari Tambun dan sdr. Mat Tabiee dari Tapah telah dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Dalam mesyuarat tersebut juga, 3 Usul telah diluluskan (1 dari Lumut dan 2 dari Gopeng) untuk dipersembahkan kepada Ketua AMK Perak.

Satu memorandum akan dihantar kepada Ketua AMK Perak, Sdr. Anuar Zakaria dan Ketua AMK Malaysia, Sdr. Syamsul Iskandar untuk meluluskan jawatankuasa ini dengan secara rasmi.